Wednesday 22 May 2013

PEMIKIRAN LATERAL (MUDAH ALIH)


 Pemikiran lateral adalah satu pemikiran yang menggunakan daya imaginasi sendiri bagi menyelesaikan masalah dengan menggunakan jawapan yang unik dan tidak terikat dengan jawapan yang skema. Istilah pemikiran lateral ini diasaskan oleh Dr. Edward de Bono. Walaupun jika difikirkan secara logiknya pemikiran sebegini dianggap sebgaiai satu pemikiran yang bidan terjun dan hanya diluahkan secara spontan berdasarkan apa yang terlintas difikiran tetapi ia adalah bagus dan dapat melahirkan modal insan yang mampu menjana satu wadah pemikiran yang berprestasi intelektual dan kreatif.


 Sebagai contoh yang boleh diambil kira ialah andainya seorang pemikir yang kritis telah cuba menghasilkan satu ciptaan yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi satu ketika dahulu. Walaupun alat tersebut dianggap tidak logik pada latar masa tersebut namun hasil dari pemikirannya telah dipraktikkan kini. Antaranya alat komunikasi seperti telefon mudah alih yang bukan hanya digunakan untuk menhubungi kenalan yang jauh namun ia juga digunakan sebagai satu alat mudah alaih yang mampu menunjukkan waktu semasa, berita yang seolah-olah bertindak sebagai televisyen.


Keadaan yang sama dapat di lihat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur setelah Berjaya menghasilkan eskelator yang bukan hanya menghubungkan seseorang untuk tingkat ke satu tingkat yang lain tapi ia telah mengurangkan pengambilan masa yang perlu diambil oleh oleh pengunjung untuk berjalan di luang legar. Walaupun ia dianggap satu ciptaan yang pelik dan jarang dilakukan namun ia telah berfungsi dengan jayanya dengan mengurangkan masa yang perlu diambil oleh pelawat untuk bergerak di ruang legar. Seperti yang telah disebutkan tadi walaupun pemikiran literal ini dianggap satu omongan kosong atau satu angan-angan mat jenin tapi seandainya angan-angan ini dipraktikkan dan diambil kira sebagai satu perkara yang serius adalah tidak mustahil untuk dihasilkan.


Seandainya pemikiran lateral ini dapat menggambarkan kelas mudah alih atau kita ambil kira pengurangan pergerakan dan masa yang perlu diambil oleh pelajar ke kelas di fakulti seperti yang telah dipraktikkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Mungkin perkara literal ini jika dilihat dengan kasar ia dianggap satu perkara yang mustahil kerana penggunaan eskelator di fakulti yang menhubungkan pelajar ke kelas, tandas mahupun surau. Tapi haruslah diingat sebgaimana yang telah di praktikkandi Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Adakah pemikiran lateral ini hanya sekadar satu omongan kosong dan sekdar masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri? Sama-samalah kita fikirkan dengan kritis.