Pemikiran lateral adalah satu pemikiran yang
menggunakan daya imaginasi sendiri bagi menyelesaikan masalah dengan
menggunakan jawapan yang unik dan tidak terikat dengan jawapan yang skema. Istilah
pemikiran lateral ini diasaskan oleh Dr. Edward de Bono. Walaupun jika
difikirkan secara logiknya pemikiran sebegini dianggap sebgaiai satu pemikiran
yang bidan terjun dan hanya diluahkan secara spontan berdasarkan apa yang
terlintas difikiran tetapi ia adalah bagus dan dapat melahirkan modal insan yang
mampu menjana satu wadah pemikiran yang berprestasi intelektual dan kreatif.
Sebagai contoh yang boleh diambil kira ialah andainya
seorang pemikir yang kritis telah cuba menghasilkan satu ciptaan yang boleh
digunakan untuk pelbagai fungsi satu ketika dahulu. Walaupun alat tersebut
dianggap tidak logik pada latar masa tersebut namun hasil dari pemikirannya
telah dipraktikkan kini. Antaranya alat komunikasi seperti telefon mudah alih
yang bukan hanya digunakan untuk menhubungi kenalan yang jauh namun ia juga
digunakan sebagai satu alat mudah alaih yang mampu menunjukkan waktu semasa,
berita yang seolah-olah bertindak sebagai televisyen.
Keadaan yang sama dapat di lihat
di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur setelah Berjaya menghasilkan
eskelator yang bukan hanya menghubungkan seseorang untuk tingkat ke satu
tingkat yang lain tapi ia telah mengurangkan pengambilan masa yang perlu diambil
oleh oleh pengunjung untuk berjalan di luang legar. Walaupun ia dianggap satu
ciptaan yang pelik dan jarang dilakukan namun ia telah berfungsi dengan jayanya
dengan mengurangkan masa yang perlu diambil oleh pelawat untuk bergerak di
ruang legar. Seperti yang telah disebutkan tadi walaupun pemikiran literal ini
dianggap satu omongan kosong atau satu angan-angan mat jenin tapi seandainya
angan-angan ini dipraktikkan dan diambil kira sebagai satu perkara yang serius
adalah tidak mustahil untuk dihasilkan.
Seandainya pemikiran lateral ini
dapat menggambarkan kelas mudah alih atau kita ambil kira pengurangan
pergerakan dan masa yang perlu diambil oleh pelajar ke kelas di fakulti seperti
yang telah dipraktikkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Mungkin perkara
literal ini jika dilihat dengan kasar ia dianggap satu perkara yang mustahil
kerana penggunaan eskelator di fakulti yang menhubungkan pelajar ke kelas,
tandas mahupun surau. Tapi haruslah diingat sebgaimana yang telah di
praktikkandi Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Adakah pemikiran lateral ini hanya
sekadar satu omongan kosong dan sekdar masuk telinga kanan dan keluar telinga
kiri? Sama-samalah kita fikirkan dengan kritis.
No comments:
Post a Comment